20131001

Eh eh. Blog Usang.

Uhuk uhuk.. Ahaaa.. Penuh dengan sawang. Habuk di segenap ceruk menandakan sudah berapa lama blog ini tidak dijenguk. Rupanya catatan terakhir sekitar Ogos 2010. Phew, lebih tiga tahun rupanya blog ini tidak diisi dengan sebarang nukilan, catatan, bebelan ngomelan dan apa saja..

Menulislah, biar Tuhan yang menghakimi. Ya, tiada yang benar melainkan yang benar belaka. Setiap apa yang dinukil itu tidak sekadar habis di sini. Tidak tamat seusai noktah. Bukan macam sinetron Indonesia atau telenovela Venezuela yang pasti ada penghujung ceritanya. Eh.

Kita berbicara tentang amanah. Setiap manusia ini dibekalkan dengan yang tanggungjawab terpikul di pundak. Ya, setiap kita bertanggungjawab terhadap setiap butir kalimah yang dicoret di atas kertas kajang, atau dalam buku 555, atau di atas kanvas putih, atau terpapar di atas skrin dan menjadi tontonan ramai (laaa sangat) sebagaimana di Twitter, Facebook mahupun blog!


Sebab itu kita perlu lebih berhati-hati. Sebab kelak di akhirat, siapa yang sanggup menanggung dosa-dosa natijah dari penulisan yang berunsur fitnah, gosip, cerita panas, cerita aib, caci maki, serang sana serang sini.

Bhai, kalau mahu bergaduh jangan jadi wira papan kunci yang menulis dengan hentam semberono. Tetapi luahkanlah idea itu dengan berdalilkan fakta-fakta yang terbukti akan kebenarannya, Bukan hanya cerita panas yang cukup sekadar untuk membakar perasaan. Banyak lagi kerja lain der..

Ingat! Kita menulis kerana Tuhan. Kerana Tuhan akan membalas atas segala yang kita niatkan dan kita tuliskan. Harapnya ini adalah suatu permulaan yang baik dan kelak berakhir dengan baik. Insya-Allah.

Sila ucap selamat pulang kepada saya. Whoa! 

1 Comment:

the ex us musafir said...

selamat pulang abang dhany