20090616

Berapa Harga Blog Anda?

Klik http://www.websiteoutlook.com/ untuk dapatkan nilai laman web dalam USD. Masukkan URL dalam ruangan yang disediakan.

Bagaimana laman ini berfungsi? Berikut ialah penjelasan yang diperolehi dari laman web tersebut.

Websiteoutlook mempunyai jumlah sebenar pelayar laman-laman web yang lain. Maklumat ini digabungkan dengan maklumat tentang jumlah pautan yang menuju ke laman tersebut, negara, kedudukan Alexa dan lain-lain data yang diperolehi secara maya. Semua informasi ini digunakan untuk membuat formula yang menggunakan maklumat yang wujud di alam maya untuk menganggar jumlah pelayar, nilai dan kebarangkalian pendapatan harian yang diperolehi melalui laman web tersebut.

Sejauhmana ketepatannya? Websiteoutlook bukanlah formula yang benar-benar tepat, tetapi memberi anda gambaran yang jelas tentang jumlah pelayar dan bayaran iklan harian laman web. Ia boleh digunakan untuk bermacam fungsi khususnya dalam melakukan penyelidikan. Pengiklan boleh mendapatkan anggaran jumlah lawatan ke laman web tersebut sebelum membeli iklan. Jika anda mahu membeli laman atau domain, Websiteoutlook bakal memberi anda idea yang bagus berkaitan jumlah lawatan pelayar dan nilai laman web sebelum anda menghubungi pemiliknya.

(Faham tak? Maaf, aku bukanlah pakar bahasa. Maka, aku terjemahkannya sesuka hati aku. Heh. Asalkan aku faham sudah).

Nilai ini tidak termasuk nilai-nilai murni campur tolak nilai-nilai kurang murni dalam blog masing-masing :) Janganlah frust kalau tiba-tiba nilai blog tak berapa mahal. Pengiraan ini mungkin relevan untuk hal berkaitan bisnes.

Kalau harga blog tinggi, jangan riak plak. Nilaian Allah Ta'ala, itulah yang terbaiikkk!

Baca lagi!

20090613

Dr. Fathi Yakan Meninggal Dunia

IkhwanJo.com mengkhabarkan berita yang cukup meruntun jiwa -- pulangnya Dr. Fathi Yakan ke pangkuan Allah Azawajalla pada awal hari ini. Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit.

Siapa yang tidak kenal Dr. Fathi Yakan. Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan grup-grup usrah pelbagai wadah. Sewaktu di bangku sekolah, inilah antara kitab terawal yang aku beli. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.

Dipetik dan diterjemah dari IslamonLine.net;
Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.

Baru saja kami mengupas kitab Bahtera Penyelamat di dalam Mukhayyam Dakhili yang lepas. Karangannya benar-benar sarat motivasi dan petunjuk. Cukup berkualiti sebagai rujukan oleh aktivis dakwah.

Kini beliau sudah pergi meninggalkan kita. Permata dakwah ini sudah tiada. Moga-moga akan lahir lebih ramai tokoh dakwah sehebat Dr. Fathi Yakan. Ulama' agung yang mampu menjulang martabat Islam setinggi-tingginya.

Baca lagi!

20090530

Tag Fahmi si doubleff -- Cute's 3logger

Bosan-bosan menghadap buku, raikan dulu Fahmi yang seronok sangat tag orang. Bak kata dia -- tag berunsurkan award. Entah mana anugerahnya? Layan saja.


Peraturan nak jawab tag ni ialah:

1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda.

[OK]

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

[Fahmi Faudzi -- kenal waktu Eksplorasi Menara Ilmu 2007 (EMI '07), anak usrah yang komited, pandai melukis, pendiam kecuali dirangsang, suka buat lawak, suka belasah orang lain (eksploitasi saiz tubuh yang besar sampai tak nampak orang sebelah. Heh), malas jalan kaki pergi kelas, sejak akhir-akhir ini ketagih main skuasy dan minum air buah di kafe Mahallah Al-Faruq!]

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

1) Menghidap penyakit bibliaholic; pantang ke kedai buku
2) Gemar membaca
3) Suka menulis
4) Minat kefasilitatoran
5) Seronok seterika baju
6) Sukan kegemaran; skuasy
7) Suka cari kawan ramai-ramai
8) Peminat setia kucing -- semua jenis kucing
9) Tak tinggi, tak rendah. Tak ringan, tak berat :)
10) Err. Suka menyanyi?

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

Hmm. Tag rakan seusrah plak la.

[1*] Moja
[2*] Baihaki
[3*] Nuh
[4*] Sani
[5*] Hafiz Bai
[6*] Azree

n jgn lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:

"anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda:"

[Ok, ok. Akan dibuat lepas nih. Petang sket]

Baca lagi!

20090529

Lagi Siswi UIAM Ditangkap Khalwat!

Pagi-pagi lagi, sepucuk SMS berkunjung ke kantung selular.

"Pelajar AIKOL UIAM ditangkap khalwat, laporan dalam Berita Harian."

Rasa-rasanya, inilah kali kedua kes khalwat yang melibatkan siswi Taman Ilmu dan Budi dihebahkan di dalam akhbar. Jika sebelum ini, pelajar Kulliyyah Farmasi yang terjerat; kini pelajar Undang-undang. Fuh!

Bayangkan, kedua pasangan ini baru kenal lima hari!

Bila artikel penuh dibaca, nampaknya siswi itu mengaku salah. Dia juga insaf dan berhasrat untuk menjadi orang yang lebih baik. Alhamdulillah, moga-moga apa yang diazamkan itu bukan sekadar omongan kosong untuk melindungi kesalahan diri sendiri, atau demi menyenangkan hati manusia-manusia yang ada di sekelilingnya.

Kerana kita ada Allah Ta'ala. Segala apa yang kita lakukan biarlah untuk Tuhan semata-mata. Biarlah taubat nasuha jadi penghapus dosa-dosa yang lalu. Kepada 'kakak-kakak' pendakwah di UIAM, jangan lupa untuk santuni adik ini. Adik ini memerlukan sokongan jitu dari kalian, bukan jelingan yang sarat penghinaan.

Baca lagi berita ini hingga habis. Kelihatan pasangan khalwatnya segak beruniform militari. Menariknya, pemuda ini tidak mengaku salah. Aik? Dua kenyataan yang saling bercanggah nampaknya.

Terang lagi bersuluh, lelaki ini tidak bertanggungjawab. Mana-mana lelaki seperti ini memang pengecut. Semoga jadi iktibar kepada wanita-wanita di luar sana. Usah terpesona dengan pujuk rayu lelaki, yang hakikatnya hanya mahu meratah tubuh kalian, kononnya atas nama cinta! Jangan sampai dibaham oleh buaya darat, kerana lelaki-lelaki ini tidak menjanjikan apa-apa.

Selain dari kegelapan masa depan kalian.

Baca lagi!

20090412

Ingin Mendaftar? Klik Borang Ini. Tahniah :)

Baca lagi!

Klik Brosur (Bahagian Belakang) Terima Kasih :)


Baca lagi!

Klik Brosur (Bahagian Depan) Terima Kasih :)

Baca lagi!

ERAT '09: Untuk Lepasan SPM 2008

Adoi, agak sibuk dengan persiapan ERAT '09.

Apa benda ERAT '09?

ERAT '09 -- Ekspresi Remaja Ambang IPT 2009 (ERAT '09). Program tahunan yang dianjurkan khas buat lepasan SPM, STPM dan STAM 2008. Bakal berlangsung pada 24 hingga 26 April 2009 (Jumaat - Ahad) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Rebutia D'Perkasa Camp. Yuran hanya RM 30.00!

Unutuk maklumat lanjut, layari http://www.eksplorasimenarailmu.blogspot.com/ . Ada maklumat lanjut tentang ERAT '09, foto-foto dan juga testimonial dari graduan program ini.

Tolong sebarkan!

Baca lagi!

20090408

Bersin Power Punyer

Alhamdulillah, tamat sudah peperiksaan akhir. Dan kini tiba masanya untuk membersihkan sawang di pondok ini :)

Hari ini kita rehat dulu! Sebab asyik bersin, mungkin sebab habuk sudah terlalu tebal.

Ada kena mengena ke selsema dengan berjaga sampai pagi?

Mungkin ada 'doktor' boleh tolong jawabkan?

Baca lagi!

20090329

Penjelasan: Penyamaran Identiti

(Tajuknya lain macam saja)

Aku bercadang mahu berehat sebentar dari kemaskini blog, untuk fokus pada peperiksaan akhir. Tapi terpaksa juga tambah entri untuk menjelaskan beberapa perkara.

Kepada para pelayar; khususnya yang seronok berborak di kotak sembang, ada sedikit pencerahan. Penjelasan ini terpaksa dibuat untuk mengelakkan sebarang fitnah berkenaan 'open house'. Dalam tempoh sehari yang lepas, macam inilah rupa kotak sembang aku (tiba-tiba blog aku jadi popular):

29 Mar 09, 02:49
BEE: X SEMESTINYA NAK KWN.....
28
Mar 09, 18:32

:]:
makan adalah aktiviti yg best...biler2...waaaah
28 Mar 09, 18:27

:]:
waaaaa.....masyuk......nih di nama kan 'PRA' nih.....biler dh lepas kerh huhuhu
28 Mar 09, 09:31

fami: bilakah?,,,saya tgh cuti...
28 Mar 09, 02:41

Dini Syarif: Jgn lupe inform kat yg lain2 ye
28 Mar 09, 02:39

fadzli mahsa: kenapa anta buat open house? ada org nak kawen ke
28 Mar 09, 02:36

Dini Syarif: dtg jgn tak dtg, bawak aweks UIA ramai2
28 Mar 09, 02:34

aimisabri: Salam ziarah, ana pun nak join anta punya open house. nanti confirmkan balek
28 Mar 09, 02:34

Malik Ali: Kaifa hal eh anta ada open house ke, bagus tu nanti ana datang
28 Mar 09, 02:34

mu'az: anta buat open house? bila eh, ana nak dtg la
28 Mar 09, 02:31
Sarip The Don: ana rasa ana punya unta mcm anta
28 Mar 09, 02:30

Sarip The Don: tadabbur
28 Mar 09, 02:30

Dini Syarif: Anna nak jemput semua orang ke open house rumah anna sila datang ye, smua di jemput
28 Mar 09, 02:28

Dini Syarif: I am awesome....i am the great one

Barisan yang berwarna merah sama ada menggunakan nama Dini Syarif atau Sarip The Don BUKANLAH aku. Itu hanyalah seorang penyamar. Moga-moga penyamar tersebut mempunyai niat yang baik, atau sekurang-kurangnya sekadar berhajat untuk bergurau. Bukanlah aku sengaja melenting atau menggelupur, cuma aku terpaksa terangkan apa yang aku bukan datang dari tangan aku. Buat apa lempar batu, kemudian sembunyi tangan. Semoga tangan-tangan kita semua akan bersih dari membuat khabar palsu.

Satu lagi permintaan; mungkin juga boleh kurangkan perbincangan tentang kahwin, jikalau perbincangan tersebut tidak membawa apa-apa halatuju selain menimbulkan spekulasi atau salah faham. Maaf atas permintaan sebegini, sebab para pelayar sebenarnya bebas dan berhak untuk memberi komen tentang apa saja. Juga bebas untuk menyamar dan sebagainya.

Cuma, harap dapat dipertimbangkan hak saudara kamu ini juga :) InsyaAllah, bila tiba masanya, kad pasti akan dilayangkan. Apa pun, bukan dalam masa yang terdekat ini. Mohon doa dari sahabat semua buat aku yang sedang menghadapi imtihan.

Harap maklum. Terima kasih.

Baca lagi!